Wednesday, February 5, 2014

TEKANAN DARAH

Tekanan Darah

 

Tekanan darah tinggi adalah faktor paling jelas bagi penyakit jantung. Apabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat lebih lama.
Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkannya melampaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun malangnya, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.
Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda:
1. Mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda.
2. Mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda.
3. Melindungi seluruh badan anda agar tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.

Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mencederakan atau membunuh anda. Ianya adakalanya digelar “pembunuh senyap” kerana ia tiada tanda. Lebih kurang 80% penduduk dunia pernah mendapat hipertensi dalam hidup mereka dan satu daripada tiga orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi, namun, ramai yang tidak menyedari mendapatnya. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal membunuh ramai orang dan mendatangkan huru-hara pada banyak mereka yang masih hidup dengan menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar (strok).

Sumbatan dan darah beku bermakna kurang darah dapat sampai ke organ-organ penting kita, dan tanpa darah, tisu-tisu mati. Itulah sebabnya tekanan darah tinggi boleh membawa kepada angin ahmar, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, malah kegagalan jantung.

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Saya?

Ini satu berita baik! Tekanan darah tinggi adalah boleh diurus. Tidak kira tekanan darah anda adalah tinggi atau normal (normal adalah kurang daripada 120 mm Hg sistolik DAN kurang daripada 80mm Hg diastolic atau <120/80) pengubahsuaian gaya hidup di bawah memberi pelan hidup jantung-sihat yang hebat untuk kita semua.

Tambahan lagi, perubahan-perubahan ini boleh menurunkan tekanan darah anda tanpa menggunakan sebarang ubat preskripsi:

- makan makanan yang sihat-jantung, yang merangkumi pengurangan garam dalam makanan;
- menikmati aktiviti fizikal tetap dan mengekalkan berat yang sihat;
- mengurus tekanan, tidak mengambil alkohol, dan mengelak asap tembakau.

CREDIT TO : http://e-kesihatan.blogspot.com/

Monday, February 3, 2014

Vita-Lea® Iron Formula

Vita-Lea® Iron FormulaVita-Lea® Iron Formula merupakan multivitamin yang dirumus khas bagi memenuhi keperluan mineral untuk tubuh badan.

Setiap tablet Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diesktrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting.

Siapa yang memerlukannya??

~ Wanita hamil dan menyusukan bayi
~ Perokok
~ Vegetarian
~ Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12
~ Mereka yang selalu meminum alkohol 





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.

UNTUK HARGA TERBAIK,JANGAN LUPA UNTUK PM/SMS/WHATSAPP YA :)

Friday, January 17, 2014

KESIHATAN JANTUNG

KESIHATAN JANTUNG

JANTUNG MANUSIA


Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting yang terdapat dalarn badan kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru itu, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amatlah penting bagi memberikan perhatian yang lebih kepada jantung.
Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.

Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.


Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Credit : http://e-kesihatan.blogspot.com/

Thursday, January 16, 2014

TIPS MENCEGAH JERAWAT

JERAWAT
TIPS

MENCEGAH JERAWAT
Anda rajin membersihkan wajah anda namum jerawat tetap saja muncul di wajah??

Jerawat yang muncul di wajah akan menyebabkan kita kurang keyakinan diri terutamanya di kalangan wanita.

Di sini, saya akan kongsikan tips-tips mencegah jerawat :

1. Memakai pembersih wajah dua langkah

- Membersihkan wajah dengan memakai pembersih wajah dua langkah iaitu susu pembersih dan toner.
- Susu pembersih mampu membersihkan sisa makeup, melembapkan, dan memberikan nutrisi.
- Sementara toner akan mengecilkan pori kulit sehingga tak ada kotoran yang dapat masuk.

2. Jangan seringkali menukar komestik

- Ianya akan mengakibatkan wajah kurang sihat dan mengakibatkan jerawat tumbuh.
- jika sudah sesuai dengan sesuatu produk kosmetik itu, maka kekallah menggunakannya.

3. Membersihkan pori wajah

- Rajin-rajinlah membersihkan wajah dengan menggunakan scrub muka.

4. Rajin mengganti sarung bantal

- Sarung Bantal tidur merupakan salah satu lokasi yang sering wajah kita berinteraksi.
- Di sana lah tempat menangis, berpeluh, malah semasa masih memakai makeup.
- Jarang sekali orang yang tahu bahawa jerawat berasal dari bantal, padahal di situlah jugak punca jerawat terjdi di wajah.
- Sebaiknya tukarlah sarung bantal tidur anda seminggu sekali.

5. Amalan makanan yang sihat

- Minumlah air sekurang-kurangnya 3 liter sehari dan kurangkan makanan yang berminyak.
- Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan.



PM di FB PAGE : JV Healthy Lifestyle
@ SMS/WHATSAPP : 016- 845 2353

Tuesday, January 7, 2014

SET DETOX SHAKLEE

DETOX merupakan langkah pertama bagi mengurangkan berat badan. Detox adalah proses bagi membersihkan bahagian usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Ini akan menggalakkan penyerapan nutrien yang lebih optimum apabila dinding usus dibersihkan. 


SET DETOX SHAKLEE
Alfalfa adalah sesuai untuk dimakan setiap hari dan sangat baik bagi golongan wanita yang mengalami masalah keputihan. Selain itu, bolehlah rujuk di SINI untuk mendapat tahu lebih banyak khasiat alfalfa.

Manakala Herb-Lax™ pula sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah sembelit namun Herb-Lax™ tidak boleh diambil setiap hari. Bagi ibu-ibu yang menyusu, adalah tidak digalakkan mengamalkan Herb-Lax™ ini kerana boleh mengakibatkan anak cirit-birit. Herb-Lax™ adalah sangat mendapat sambutan tinggi dari remaja, So benda ni selalu saja sold out.

So, apa tunggu lagi, jom beli Set Detox.

FB Page : JV Healthy Lifestyle 
Pm/Sms/Whatsapp : 016-845 2353

______________________________________________________________________________
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Monday, January 6, 2014

SET RESDUNG ALERGI ASTHMA


RESDUNG?? ALERGI?? ASTHMA??

Adakah anda mengalami masalah di atas???

Resdung/elergi merupakan penyakit yang berkaitan dengan hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.



Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Di sini, saya ingin memperkenalkan set cadangan untuk masalah resdung, alergi dan asthma.


SET RESDUNG ALERGI ASTHMA
 B COMPLEX 

Penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
- Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.
- Membantu pembinaan protein dalam badan.
Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress.

VITAMIN C 

- Bertindak sebagai antioksidan yang baik.
Meningkatkan pertumbuhan tisu.
- Sangat penting sebagai antibodi badan.
Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan         badan, sel darah putih)

ALFALFA 

- Dapat membantu dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri.
Kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa.


Cara pengambilan :

B COMPLEX - 1 biji sehari.
VITAMIN C - 2 biji sehari. 1 biji pada waktu pagi, 1 biji pada waktu malam. 
ALFALFA - 4 biji sehari. 2 biji pada waktu pagi, 2 biji pada waktu malam.
( kesemua diambil selepas makan)


__________________________________________________________________________________________
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.







Sunday, January 5, 2014

SET GOUT SHAKLEE




Anda mengalami sindrom sakit dibahagian sendi? Anda mungkin mengalami penyakit Gout. Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. 

Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Asid urik disingkirkan melalui air kencing. Namun sekiranya ianya berlebihan di dalam badan kita dan tidak dibuang, maka ia akan berkumpul di bahagian sendi dan akibatnya berlakulah GOUT.

Buah pinggang merupakan organ perkumuhan yang memainkan peranan yang penting dalam sistem penyingkiran bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh kita. Apabila buah pinggang tidak berada di tahap kesihatan yang baik, badan kita akan menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik dengan berkesan. Walaubagaimanapun, faktor lain yang membuatkan buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik adalah seperti :

- Stress, tekanan perasaan
- Pengambilan protein yang berlebihan
- Pengambilan ubat-ubatan yang berunsurkan dadah
- Kurang pengambilan vitamin yang diperlukan untuk sistem perkumuhan


Oleh itu, selain mendapatkan rawatan dari doktor, pesakit gout bolehlah mendapatkan vitamin dan supplement dari SHAKLEE.


SET GOUT SHAKLEE

OMEGA GUARD 
-Bagi mengelakkan keradangan sendi berlaku, ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak menjadi lebih teruk.
- Sangat penting bagi mereka yang mengalami sakit gout yang kronik.
-
.
ALFALFA 
- Berfungsi sebagai DETOX semulajadi yang akan menyingkirkan toksin dari badan secara lembut.
- Pengamal Alfalfa perlulah meminum air dalam kuantiti yang banyak dalam sehari bagi memastikan proses detox ini berjalan dengan lancar.

PERFORMANCE DRINK
- Bertujuan untuk memelihara kandungan bendalir dalam tubuh agar mencukupi untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi.
- Penting bagi pesakit gout untuk mempunyai kuantiti air yang mencukupi dalam badan bagi memudahkan proses perkumuhan asid urik.

_______________________________________________________________________________
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.